Pada 28 Ogos 2016, Pi1M Igan telah mengadakan Pertandingan Warna Warni Merdeka. Pertandingan ini merupakan pertandingan mewarna yang melibatkan 4 golongan komuniti iaitu Warga Emas, Dewasa, sekolah rendah dan kanak-kanak tadika/prasekolah. Bagi kategori warga emas, seramai 8 orang peserta yang mendaftarkan diri dan seramai 6 orang peserta yang hadir ke pertandingan yang diadakan pada 28 Ogos 2016 bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12 tengahari.