Program Jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) ini merupakan salah satu program kesedaran tentang keselamatan dan melayari dunia teknologi maklumat. Ia juga merupakan program mesra kepada komuniti bagi memupuk sikap positif penggunaan internet oleh pengguna serta merapatkan lagi jurang komuniti. Diharap dengan adanya program Jelajah KDB ini akan dapat mengurangkan masalah sosial dan melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Objektif program ini diadakan adalah :

  • Memupuk penggunaan internet secara positif kepada pengguna
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Igan.

 

Pada hari Khamis, 21 April 2016 yang lepas, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beserta seluruh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bahagian Mukah (Oya, Dalat, Medong, Judan, Balingian, Jebungan, Sg Ragei) telah mengadakan Program Jelajah KDB di SMK Agamai Igan. Seramai 205 orang peserta telah menyertai program tersebut. Untuk bahagian Mukah, kesemua 8 buah PEDi telah bergabung tenaga dan bekerjasama menjayakan program Jelajah KDB ini.

Berikut merupakan jadual Program Jelajah KDB Bahagian Mukah untuk tahun 2016.

 

BIL NAMA PEDi TARIKH NAMA SEKOLAH BIL PESERTA
1 PEDi JEBUNGAN 15 APRIL 2016 MRSM MUKAH 118 orang
2 PEDi SG RAGEI 19 APRIL 2016 SMK MUKAH 33 orang
3 PEDi DALAT & MEDONG 20 APRIL 2016 SMK DALAT 400 orang
4 PEDi JUDAN 20 APRIL 2016 SMK THREE RIVERS 200 orang
5 PEDi IGAN 21 APRIL 2016 SMK AGAMA IGAN 205 orang
6 PEDi KUALAA HILIR OYA & BALINGIAN 21 APRIL 2016 SMK OYA 200 orang
7 PEDi JEBUNGAN 22 & 23 APRIL 2016 PEDi JEBUNGAN 35 orang