TARIKH : 1, 12, 20, 24 & 27 FEBRUARI 2016

MASA : 2.00 hingga 5.00 petang

TEMPAT : BILIK LATIHAN PEDi IGAN

PESERTA : 26 orang

GOLONGAN : Pelajar sekolah rendah & menengah

 

TUJUAN : 

Kelas ini dihadiri oleh 26 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini diadakan sekali seminggu bagi menarik minat komuniti berkunjung ke PEDi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan keselamatan penggunaan internet.

 

AKTIVITI :

Aktiviti yang diadakan adalah KDB Talk dan pertandingan menaip. Aktiviti Kuiz Klik Dengan Bijak juga diadakan. Aktiviti e pembelajaran iaitu pertandingan menaip (typing fast) turut diselitkan bagi menarik minat para pelajar untuk mengikuti kelas yang diadakan. Hadiah juga turut disediakan.

 

 

Pada 13 Jun 2015, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan dengan kerjasama JKKK Kampung Sekerang Igan telah mengadakan satu program pengurusan dan penjagaan kampung iaitu Program Mentor Menti yang melibatkan 5 buah kampung sekitar Kampung Sekerang Igan iaitu Kampung Pulau Igan, Kampung Pergau Matu, Kampung Sekaan Matu, Kampung Saai Daro dan Kampung Tebaang Daro. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), JKKK Kampung Sekerang Igan dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan. 

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan kepada kampung-kampung sekitar Kampung Sekerang Igan tentang kaedah dan cara yang betul untuk pengurusan di Pusat Sumber JKKK kampung. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan pula mendedahkan tentang kepentingan teknologi maklumat kepada komuniti dan kaedah yang betul semasa menggunakan teknologi maklumat. Pelbagai aktiviti juga diadakan seperti ceramah KDB, Usahawan atas talian, asas teknologi maklumat, asas microsoft office, pengurusan pemfailan, pengurusan kewangan dan pelbagai lagi pendedahan tentang pengurusan sesebuah komuniti. Seramai 60 orang penduduk dari kelima-lima buah kampung telah turut serta mengikuti program tersebut. 

Program Mentor Menti

 

Program Lawatan Sambil Belajar dan Klik Dengan Bijak ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Judan dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia bahagian Mukah. Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah menyertai lawatan tersebut. Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang internet, keselamatan internet dan keusahawan atas talian (online).