PERKIM CAWANGAN IGAN BAGI SESI 2018/2019

TARIKH MESYUARAT : 21 JANUARI 2018

TEMPAT MESYUARAT : PUSAT SUMBER JKKK KAMPUNG TENGAH IGAN

 

Pengerusi Tetap: Pn. Norjehan bt Mahros
Timb. Pengerusi Tetap: Pn. Hartini bt Hj Nadzirin

Pengerusi : Pn. Saimah bt Ibrahim
Timb. Pengerusi: Cik Hjh Rosnah bt Hj Sahari

Setiausaha Kehormat : Pn. Ayang bt Hj Abdul Hadi

Bendahari Kehormat: Cik Hjh Asrina Kartini bt Hj Sulaiman

 

AJK Dilantik:

1. Pn. Hjh Ramlah bt Hj Ras
2. Pn. Hjh Raunah bt Hj Ali Akebar
3. Pn. Hajijah bt Lee
AJK Dipilih : 1. Pn. Habibah bt Mat
2. Pn. Majenah bt Tawil
3. Pn. Hjh Putit bt Razak
4. Pn. Ramisah bt Maslim
5. Pn. Asma bt Amit


Juru audit : En. Mohd Firdaus bin Iserom

 

perkim18

Klik Sini Untuk Lebih Gambar

 

Pada 13 Ogos 2017, Urusetia Saudara Baru (USK) telah menganjurkan Kursus Smart Solat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Mukah. Kursus tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi solat saudara-saudara (mualaf) baru Islam Kampung Igan. Antara aktiviti yang diadakan semasa kursus tersebut adalah tatacara mendirikan solat dengan betul, bacaan-bacaan solat yang sempurna, cara berwuduk dengan sempurna dan pelbagai lagi aktiviti yang memberi tunjuk ajar tentang kesempurnaan solat. Peserta-peserta yang terlibat adalah dari golongan mualaf Kampung Igan. Tenaga pengajar adalah dari Jabatan Agama Islam Mukah.

Di kampung Igan, terdapat sebuah persatuan yang ditubuhkan khas untuk saudara-saudara baru (Mu'allaf) yang memeluk agama Islam.  Mu'allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih perlu disokong dan dikukuhkan. Penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu dan membimbing saudara-saudara baru kita untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan memberi sokongan agar mereka lebih menyayangi dan memahami agama Islam. 

 

CARTA ORGANISASI URUSETIA SAUDARA BARU KAMPUNG IGAN

PENGERUSI : PUAN RAMLAH ABDULLAH

TIMBALAN PENGERUSI : PUAN HAMSIAH ABDULLAH

SETIAUSAHA : PUAN NORHAYATI ABDULLAH

BENDAHARI : PUAN MASILYANA ABDULLAH

AJK :

- PUAN NORDIANAWATI ABDULLAH (KAMPUNG TENGAH IGAN)

- PUAN ZAINAB ABDULLAH DAN PUAN NUR BATRISYIA ABDULLAH (KAMPUNG PULAU IGAN)

- PUAN NURSYAHIRAH ABDULLAH DAN PUAN NURUL SYAFIQAH (KAMPUNG BARU ISMAIL IGAN)

- PUAN ROSNAH ABDULLAH DAN PUAN RA'ANAH ABDULLAH (KAMPUNG BARU DAGANG IGAN)

- PUAN NURUL ARIAH ABDULLAH DAN PUAN AZIZAH ABDULLAH (KAMPUNG SEKERANG IGAN)

Sumber : Persatuan USK Igan

Pada setiap hari Khamis atau Jumaat setiap minggu, satu kelas Asas Komputer untuk Wanita Perkim diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan.  Antara tajuk yang di ajar adalah Microsoft Office Word, Excell, Powerpoint, enjin carian, Asas penjagaan komputer, suntingan imej, penghasilan video dan banyak lagi

Kebanyakan golongan wanita di Kampung Igan melakukan aktiviti seperti membuat terendak, menyertai kelas menjahit, memasak, membuat kraftangan, membuat kuih-muih tradisional, biskut dan sebagainya.


Pihak Kemas telah menyediakan dan mengadakan kelas memasak, kelas menjahit dan kelas membuat kuih-muih tradisional pada hari Rabu setiap minggu. Kelas-kelas ini diadakan secara percuma dan diajar oleh tenaga pengajar yang terlatih yang disediakan oleh pihak Kemas sendiri. Kelas-kelas ini disediakan khas untuk semua golongan wanita di Kampung Igan.


Selain itu, golongan wanita di sini juga terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti IKS dengan membuat kuih-muih, biskut-biskut dan kraftangan seperti terendak untuk dijual. Antara kuih-muih dan biskut-biskut yang dijual adalah seperti kerepek ubi, pisang dan keladi, kuih jala, dram, kuih cina, biskut jerebu dan macam-macam lagi. Secara tidak langsung penglibatan golongan wanita ini akan meningkatkan lagi taraf hidup dan ekonomi penduduk Kampung Igan.

 

Pertandingan Poco-poco

 

PRODUK HASIL LAUT

 

HASIL KRAFTANGAN

 

MENGIKUTI KELAS, BENGKEL DAN KURSUS KOMPUTER DI PIK IGAN