Program Jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) ini merupakan salah satu program kesedaran tentang keselamatan dan melayari dunia teknologi maklumat. Ia juga merupakan program mesra kepada komuniti bagi memupuk sikap positif penggunaan internet oleh pengguna serta merapatkan lagi jurang komuniti. Diharap dengan adanya program Jelajah KDB ini akan dapat mengurangkan masalah sosial dan melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Objektif program ini diadakan adalah :

  • Memupuk penggunaan internet secara positif kepada pengguna
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Igan.

 

Pada hari Khamis, 21 April 2016 yang lepas, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beserta seluruh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bahagian Mukah (Oya, Dalat, Medong, Judan, Balingian, Jebungan, Sg Ragei) telah mengadakan Program Jelajah KDB di SMK Agamai Igan. Seramai 205 orang peserta telah menyertai program tersebut. Untuk bahagian Mukah, kesemua 8 buah PEDi telah bergabung tenaga dan bekerjasama menjayakan program Jelajah KDB ini.

Berikut merupakan jadual Program Jelajah KDB Bahagian Mukah untuk tahun 2016.

 

BIL NAMA PEDi TARIKH NAMA SEKOLAH BIL PESERTA
1 PEDi JEBUNGAN 15 APRIL 2016 MRSM MUKAH 118 orang
2 PEDi SG RAGEI 19 APRIL 2016 SMK MUKAH 33 orang
3 PEDi DALAT & MEDONG 20 APRIL 2016 SMK DALAT 400 orang
4 PEDi JUDAN 20 APRIL 2016 SMK THREE RIVERS 200 orang
5 PEDi IGAN 21 APRIL 2016 SMK AGAMA IGAN 205 orang
6 PEDi KUALAA HILIR OYA & BALINGIAN 21 APRIL 2016 SMK OYA 200 orang
7 PEDi JEBUNGAN 22 & 23 APRIL 2016 PEDi JEBUNGAN 35 orang

 

Hari Bersama Komuniti (HBK) adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan (PEDi Igan) dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai "kebolehsambungan" agar operasi dan perkhidmatan PEDi terus berjalan megikut matlamat yang telah ditetapkan.

 

OBJEKTIF

Program ini adalah bertujuan untuk:

a) Memperkenal aplikasi terbaru DASHBOARD Komuniti
b) Mempromosikan Perkhidmatan / Kemudahan di PEDi
c) Meningkatkan keahlian baru PEDi
d) Melibatkan penyertaan skuad sukarelawan PEDi dalam aktiviti PEDi

 

SASARAN PESERTA

Terdapat 9 golongan sasaran :
I. Pra – Sekolah / tadika
II. Pelajar Sekolah Rendah
III. Pelajar Sekolah Menengah
IV. Belia
V. Dewasa
VI. Wanita
VII. WargaEmas
VIII. Usahawan
IX. Lepasan Sekolah

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Program HARI BERSAMA KOMUNITI PiK Igan telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 17 - 20 MAC 2016
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : PEDi IGAN

Majlis Perasmian telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 20 MAC 2016
Masa : 2.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : PEDi IGAN

Dirasmikan oleh : Setiausaha Lembaga Amanah Kebajikan Islam Igan (Mantan Guru Besar SK Kampung Igan)

 

INTIPATI PROGRAM

Aktiviti yang dijalankan:

1. Ceramah Dashboard - Diadakan khas untuk golongan usahawan kecil kampung.

2. Family game - Sukaneka keluarga yang terdiri dari 4 orang ahli keluarga. Sukaneka yang diadakan adalah tiup belon, tiup tepung, rekaan fesyen, musang berjanggut,telefon karat, origami bunga dan anyaman ketupat. Objektif adalah untuk memperluaskan penglibatan sesebuah keluarga dengan PiK.

3. Sukaneka pelajar - Sukaneka pelajar yang melibatkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Sukaneka yang diadakan adalah tiup belon, tiup tepung, rekaan fesyen, musang berjanggut, seremban, telefon karat dan bola beracun.

4. Pertandingan mewarna digital - Melibatkan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah. Pertandingan menggunakan aplikasi PAINT.

5. Pertandingan Menaip - Pertandingan yang melibatkan warga emas berumur 45 tahun ke atas dan merupakan seorang surirumah. Pertandingan ini diadakan bagi menarik minat golongan surirumah dan warga emas untuk berjinak-jinak dengan komputer.

6. Treasure Hunt - Terbuka kepada semua golongan. Pertandingan ini adalah pertandingan cari barang yang berkaitan dengan ICT.

7. Legoland - Terbuka kepada semua golongan. Diadakan bagi menguji kecekapan para peserta untuk membina sebuah legoland yang berkaitan dengan ICT.

8. Pertandingan Poco-poco - Terbuka kepada semua golongan. Diadakan bagi memeriahkan lagi program Hari Bersama Komuniti PEDi Igan.

9. Majlis Perasmian 

10. Cabutan Bertuah

11. Pendaftaran ahli baru

 

    1. Felda Palong 11, Rompin
    2. Taman Desa Puteri, Jelai
    3. Kampung Lonek, Kuala Jempol
    4. Kampung Pulau Semut, Sungei Baru Ulu
    5. Kampung Pegoh, Pegoh
    6. Kampung Pulai Sebatang, Api-Api
    7. Felda Pasak, Kota Tinggi
    8. Kampung Langkah Baik, Pengerang
    9. Felda Lok Heng Selatan, Sedili Kechil
    10. Felda Sungai Mas, Tanjong Surat
    11. Felda Bukit Besar, Ulu Sungai Johor
    12. Taman Peramu Jaya 3, Pahang Tua
    13. Felda Chini 1, Penyor
    14. Kampung Batu Embun, Pedah
    15. Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar
    16. Penjom,Penjom
    17. RTP Sungai Ular, Ulu JelaiTP Sungai Ular, Ulu Jelai
    18. Rantau Perintis, Chenor
    19. Kampung Luit, Luit
    20. Simpang Pelangai, Pelangai
    21. Kampung Jambu Rias, Sabai
    22. Felda Keratong 2, Keratong
    23. Kampung Simpang Sepayang, Rompin
    24. Kampung Jabi, Jabi
    25. Kampung Pantai, Kuala Besut
    26. Seberang Jerteh, Pelagat
    27. Kampung Padang Jambu, Sura
    28. Kampung Pantai Merchang, Merchang
    29. Pengkalan Berangan, pengkalan Berangan
    30. Taman Rakyat Jaya
    31. Kampung Pulau Kerengga, Pulau Kerengga
    32. Sukau, Kinabatangan
    33. Pekan Kinabatangan
    34. Pi1M Darul Insan
    35. Beladin
    36. Pekan Marudi
    37. Balingian, Balingian
    38. Lingga
    39. Pekan Kapit
    40. Pekan Kabong
    41. Pekan Samarahan
    42. Kampung Penan Muslim, Kampung Penan
    43. Pekan Tatau
    44. Pekan Pakan
    45. Pekan Julau
    46. Pekan Asajaya
    47. Pekan Dalat, Dalat
    48. Pekan Sarikei, Sarikei
    49. Taman Murai Jaya
    50. Taman Bidara Permai
    51. Pekan Rumbia
    52. Taman Kelemak Jaya
    53. Taman Angkasa Nuri
    54. Kg. Kemus, Taman Sri Naning
    55. Kg. Parit Selangor
    56. Taman Nilam
    57. Kg. Masjid, Teluk Ramunia
    58. Kg. Tempoyang
    59. Kg. Alor Lintang
    60. Kg. Che Lijah
    61. Felda Kerteh 2
    62. Kg. Binjai Bongkok
    63. Kg. Maritam
    64. Kg. Pelangi
    65. Kg. Batu Putih
    66. Kg. Lotong
    67. Felda Raja Alias 1, Serting Hilir
    68. Kampung Permatang Sepam, Benut
    69. Taman Lendu Bakti
    70. Kg Pinggan-Pinggan
    71. Lubuk Redan
    72. Song
    73. Felda Adela

Pendapatan utama penduduk Daerah Kecil Igan ialah menangkap ikan dan bercucuk tanam. Kini, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi memantapkan dan meningkatkan lagi teknik-teknik untuk digunakan bagi meningkatkan pendapatan dan hasil. Terdapat sebuah jabatan yang ditubuhkan khas untuk membantu dan membekalkan alat-alat dan kelengkapan untuk kerja-kerja bertani di Daerah Kecil Igan ini iaitu Jabatan Pertanian.

Pejabat Jabatan Pertanian IganJabatan Pertanian Igan merupakan jabatan yang sering membekalkan alat dan kemudahan seperti baja, racun, benih dan lain-lain kepada penduduk kampung. Penduduk Kampung Igan akan membuat permohonan bantuan ataupun skim bagi menternak ayam, lembu, kambing dan sebagainya. Jabatan ini telah menyumbangkan banyak bantuan kepada penduduk kampung sebelum ini.

ALAMAT : KAMPUNG SEKERANG IGAN.

Antara tanaman yang dihasilkan oleh penduduk Kampung Igan adalah seperti penanaman tembikai, lagu, jagung, pisang, kelapa sawit, pokok getah, nanas dan banyak lagi.

Penanaman Labu

 

Penanaman tembikai

 

Ladang Kelapa Sawit