NAMA : NORMALA BINTI ROSLEE

 UMUR : 41 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Puan Normala merupakan seorang surirumah dan menjadi seorang pembekal makanan sejuk beku di kawasan Igan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDI Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Kini, beliau merupakan antara pembekal makanan sejuk beku secara tetap di kawasan Igan. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.

sssyahima

 

 NAMA : NURUL MAYSARA BINTI ARWAN

 UMUR : 12 TAHUN

 AHLI : 2012

 

Latar belakang

Adik Nurul Maysara merupakan seorang pelajar yang aktif. Semasa masa lapang, adik Maysara akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Nurul Maysara tidak mahir dalam penggunaan internet dan emel. Beliau juga kurang mahir dalam penggunaan komputer secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Adik Maysara kini lebih mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan emel. Beliau juga telah mengikut pelbagai pertandingan berteraskan ICT yang dianjurkan oleh PEDi Igan.

MAYSRA

 

 NAMA : ANAWATY BINTI MOHAMAD

 UMUR : 47 TAHUN

 AHLI : 2013

 

Latar belakang

Puan Anawaty merupakan seorang seorang surirumah sepenuh masa dan telah memulakan usaha beliau menjual dan membekal makanan kering seperti kerepek dan sebagainya. Beliau telah memulakan projek sebagai pembekal makanan kering ini pada tahun 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan. Kini, beliau merupakan antara pembekal makanan kering secara tetap di kawasan Igan. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM400 – RM800.

AnawatySS

 

 

 NAMA : NUR SYAHIMA BINTI KUSUIRI

 UMUR : 26 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Cik Nur Syahima merupakan seorang usahawan sepenuh masa bagi perniagaan atas talian berkaitan dengan makanan. Beliau telah memulakan usaha perniagaan online (kelas Pembelajaran Jarak Jauh PJJ pelbagai) ini sejak tahun 2019 lagi. Beliau juga melakukan pelbagai perniagaan keluarga seperti membuka gerai jualan makanan (ikan panggang, ayam panggang) dan juga penjualan kiub ais.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook, aplikasi Whatsapp Business dan aplikasi jualan atas talian (shopee) yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau terdiri dari Igan dan diluar kawasan Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook dan juga menggunakan platform Yezza. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM2500.

sssyahima

 

 

 NAMA : HUSNITA BINTI USLIE

 UMUR : 47 TAHUN

 AHLI : 2011

Latar belakang

Puan Hasnita merupakan seorang usahawan sepenuh masa bagi perusahaan makanan kering. Beliau telah memulakan usaha membuat kuih-kuih kering seperti kuih tradisional melanau iaitu kuih Kuyak (Kuih kering yang menggunakan ramuan rempah ratus) yang dibuat turun temurun oleh ibu beliau. Selain berniaga, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PIK Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 – RM800.00

Husnita