NAMA : HAMZAH BIN DONG

 UMUR : 70 TAHUN

 AHLI : 2014

 

Latar belakang

En Hamzah merupakan seorang pesara guru yang aktif. Semasa masa lapang, Encik Hamzah akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT. Beliau juga merupakan seorang Kaunselor yang bijak menggunakan masa beliau untuk mencari ilmu ICT di PEDi Igan dengan bantuan petugas PEDi Igan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Encik Hamzah tidak mahir dalam penggunaan komputer dan juga peranti moden masa kini. Kekangan seperti kurang mahir dengan penggunaan komputer menyebabkan kesukaran beliau untuk menyelesaikan kerja-kerja penting.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Encik Hamzah kini lebih mahir menggunakan komputer dan penggunaan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan dan juga menyelesaikan kerja-kerja penting seorang kaunselor. Kemahiran beliau menggunakan komputer juga dibantu secara berterusan oleh petugas PEDi dari masa ke semasa.

HamzahDong

 

 NAMA : SURYANTY BINTI ILI

 UMUR : 48 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Cik Suryanty merupakan seorang guru dan telah memulakan usaha beliau menjual dan membekal pencuci pakaian. Beliau telah memulakan projek jualan ini bermula tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan sampingan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM800 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDI Igan beliau kini telah memiliki page Facebook jualan beliau dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan juga dari luar kawasan Igan. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.

CguSuryanty

 

 NAMA : AZIMATUL ANITA BINTI MOHD TAHIR

 UMUR : 50 TAHUN

 AHLI : 2022

 

 

Latar belakang

Puan Anita merupakan seorang usahawan sepenuh masa bagi perusahaan perkhidmatan menghasilkan dan menjual bantal fiber, beg dan topi handmade. Beliau telah memulakan usaha menghasilkan dan menjual barangan ‘handmade’ ini seawal tahun 2019 untuk menambah pendapatan keluarga selain menjadi surirumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini memiliki Facebook Page, laman Instagram dan Shopee syarikat jualan beliau sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan juga dari luar Igan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 – RM1200.00. Bagi menambah pendapatan juga, beliau sedang menjalankan ‘Research & Development’ bagi produk terbaru beliau (tote bag) untuk pasaran luar.

 

WhatsApp-Image-2022-11-21-at-10.04.19-AM-1

Klik Sini Untuk Lebih Lanjut

 

 

 NAMA : MOHD ALIF AIMAN BIN SUKOR

 UMUR : 12 TAHUN

 AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Alif merupakan seorang pelajar sekolah yang aktif. Semasa masa lapang, adik Alif akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Alif tidak mahir dalam penggunaan internet dan emel. Adik Alif juga kurang mahir dalam penggunaan komputer secara keseluruhannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Adik Alif kini lebih mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan emel. Contohnya beliau akan menggunakan emel untuk menghantar kerja sekolah dan menggunakan Google Classroom dengan mudah. Adik Alif juga rajin menyertai pertandingan-pertandingan kuiz Pendidikan yang diadakan secara online di PEDi Igan.

 NAMA : NUR ASYIRAH BINTI SUKARNO

 UMUR : 20 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Adik Nur Asyirah merupakan seorang pelajar di SMK Agama Igan yang aktif. Semasa masa lapang, adik Nur Asyiarah akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Nur Asyirah tidak mahir dalam penggunaan internet dan emel. Beliau juga kurang mahir dalam penggunaan komputer secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Adik Nur Asyirah kini lebih mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan emel. Beliau juga telah mengikut pelbagai pertandingan berteraskan ICT yang dianjurkan oleh PEDi Igan. Adik Nur Asyirah juga merupakan ahli PEDi Igan yang sangat aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh PEDi Igan dan PEDi sekitarnya. Atas usaha dan kerajinan beliau, kini beliau melanjutkan pelajaran ke USIM.