NAMA : MOHD SYAFIQ FITRI BIN MUHD FAZLEY

 UMUR : 13 TAHUN

 AHLI : 2019

 

Latar belakang

Adik Syafiq merupakan seorang pelajar sekolah yang aktif. Semasa masa lapang, adik Syafiq akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Syafiq tidak mahir dalam penggunaan internet dan emel. Adik Syafiq juga kurang mahir dalam penggunaan komputer secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Adik Syafiq kini lebih mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan emel. Contohnya beliau akan menggunakan emel untuk menghantar kerja sekolah dan menggunakan Google Classroom dengan mudah.

SyafiqSS

 

 

 NAMA : NOOR AZALINA BINTI MAIDIN

 UMUR : 41 TAHUN

 AHLI : 2014

 

Latar belakang

Puan Azalina merupakan seorang surirumah dan seorang peniaga makanan tradisi di kawasan Igan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Kini, beliau merupakan peniaga dan membuka kedai makanan tradisi di Kampung Igan. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.

KakAzza

 

 

 NAMA : UMMU SALWA BINTI FADZILLAH

 UMUR : 10 TAHUN

 AHLI : 2017

 

Latar belakang

Adik Ummu Salwa merupakan seorang pelajar yang aktif. Semasa masa lapang, adik Ummu Salwa akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Ummu Salwa tidak mahir dalam penggunaan internet dan emel. Beliau juga kurang mahir dalam penggunaan komputer secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Adik Ummu Salwa kini lebih mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan emel. Beliau juga telah mengikut pelbagai pertandingan berteraskan ICT yang dianjurkan oleh PEDi Igan.

ummuSS2020

 

 

 NAMA : ASFARIZAN BINTI JAMURI

 UMUR : 33 TAHUN

 AHLI : 2012

 

Latar belakang

Puan Asfarizan merupakan seorang usahawan sepenuh masa perniagaan kuih basah dan jualan makanan kering secara online.Beliau telah memulakan usaha perniagaan ini sejak tahun 2019 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beliau kini telah memiliki facebook, aplikasi Whatsapp Business dan aplikasi jualan atas talian (shopee) yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau biasanya dari Igan dan daerah berdekatan dengan Kampung Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1000.

milot

 

 

 NAMA : JAMILAH ABDULLAH

 UMUR : 47 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Puan Jamilah merupakan seorang surirumah dan telah memulakan projek penanaman cili secara fertigasi setelah diberi kepercayaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk memulakan projek tersebut. Kemudian, beliau memulakan langkah untuk membuat sedikit penyelidikan di Pusat Internet Igan untuk memulakan projek fertigasi beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan dan penyelidikan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media sosial. Kini, beliau merupakan antara pembekal cili padi bara di kawasan Igan dan Mukah. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.

JamilahAbdullah