PENGUSAHA / PEMBUAT / PEMBEKAL PELBAGAI JENIS MAKANAN BASAH DAN KERING

 NAMA : KUNA BINTI SENUSI

 UMUR : 21 TAHUN

 AHLI : 2009

 

LATAR BELAKANG

Cik Kuna telah memulakan perniagaan pelbagai jenis makanan kuih kering dan kuih basah setelah memulakan jualan bersama saudaranya dan telah banyak menerima tempahan dan belian dari penduduk kampung dan dari luar kampung Igan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Semasa mula-mula berjinak dengan perniagaan ini, beliau hanya menjual untuk penduduk di dalam Kampung Igan sahaja. Hasil pendapatan sebulan penjualan secara rumah ke rumah adalah dalam lingkungan RM300.00 ke RM500.00 sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan, beliau kini telah memiliki laman facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Kampung Igan dan diluar Igan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media sosial. Beliau merupakan pengedar jualan roti di kawasan Matu dan Igan. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dan mencecah RM800.00 ke RM1,500.00 sebulan.

 

kuna1

 

 

ASAS KOMPUTER UNTUK AKTIVITI PERSATUAN

 NAMA : HAJAH PUTIT BINTI RAJAK

 UMUR : 64 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Hjh Putit menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan sebagai medium untuk menambah ilmu berkenaan IT dan mencari maklumat seperti resepi dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Ilmu berkenaan teknologi maklumat sangat rendah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah aktif dalam mengikuti program yang dianjurkan PEDi Igan, warga emas seperti Hjh Putit telah mempelajari cara-cara penggunaan komputer dan petugas PEDi Igan banyak memberi latihan kepada beliau.

 

HjhPutit

 

ASAS KOMPUTER UNTUK MEMAJUKAN PERNIAGAAN

 NAMA : PN HAMSIAH BINTI ABANG SALUS

 UMUR : 56 TAHUN

 AHLI : 2009

 

LATAR BELAKANG

Secara ringkasnya, Pn. Hamsiah merupakan suri rumah yang menjalankan perusahaan jahitan di Kampung Igan. Saya menggunakan internet untuk mencari ilham mengenai jahitan sulaman dan sebagainya. Saya turut dibantu oleh petugas untuk menggunakan internet dalam mencari idea berkaitan jualan lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Puan Hamsiah tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet. Beliau juga hanya belajar menjahit mengikut kreativiti beliau sendiri. Selain itu, beliau hanya mengambil tempahan penduduk dalam Kampung Igan sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi, Puan Hamsiah kini sudah mahir mencari maklumat mengenai kaedah-kaedah jahitan di internet. Beliau juga kini sudah memasarkan perkhidmatan jahitan beliau secara talian. Beliau sering mendapat tempahan untuk menjahit pelbagai jenis pakaian dari luar Kampung Igan seperti Oya, Dalat, Mukah dan Sibu.

 

hamsiah

 

 

PENGUSAHA / PEMBUAT / PEMBEKAL SERUNDING HALIA

 NAMA : ASFARILA BINTI SUKARNO

 UMUR : 27 TAHUN

 AHLI : 2010

 

LATAR BELAKANG

Asfarila merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Serunding merupakan makanan asasi masyarakat melanau. Oleh itu, saya menggunakan kepakaran dalam membuat serunding ikan dan halia untuk dijadikan jualan semasa samada diluar dan didalam Kampung Igan dengan menggunakan capaian internet di PEDi Igan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Semasa mula-mula berjinak dengan pembuatan serunding halia ini, beliau hanya menjual untuk penduduk di dalam Kampung Igan sahaja. Hasil pendapatan sebulan penjualan secara rumah ke rumah adalah dalam lingkungan RM300.00 sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas menghadiri latihan ICT di PEDi Igan, beliau mencuba menjual produk ini melalui facebook dan whatsapp dan para pembeli juga telah mengenali beliau dan membantu beliau memperkenalkan produk serunding yang telah beliau hasilkan. Produk yang telah beliau hasilkan telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat serunding seluruh Negara. Beliau telah mahir dalam penjualan barangan kraftangan moden secara online melalui platform Facebook, Twitter, Blog dan Instagram. Hasil pendapatan sebulan beliau meningkat sehingga RM800.00 ke RM1,000.00 sebulan kerana banyak permintaan dari pelbagai tempat.

 

asfarila

 

TERBAIK UPSR - 5A DAN BERJAYA MEMASUKI MRSM

 NAMA : HELMI BIN PUTIT

 UMUR : 16 TAHUN

 AHLI : 2009

 

LATAR BELAKANG

Adik Helmi bin Putit merupakan anak ke 3 dari 6 orang adik beradik. Ibu beliau seorang tukang jahit dan bapa beliau merupakan seorang buruh. Beliau seorang anak yang sangat rajin dan baik hati. Beliau juga sangat rajin membantu kedua ibu bapa beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum wujudnya Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, adik Helmi hanya mengulangkaji pelajaran menggunakan buku dan berbincang bersama kawan-kawan. Kaedah-kaedah pembelajaran juga sangat terhad.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas menghadiri latihan ICT di PEDi Igan, adik Helmi banyak menghabiskan masa mencari maklumat-maklumat dan mengulangkaji di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia  Igan. Pelbagai kaedah pembelajaran yang baru dapat diperolehi daripada penglibatan dengan pusat internet. Malah terdapat banyak laman-laman web untuk beliau mencari maklumat. Beliau juga seronok belajar melalui teknologi bersama kawan-kawan.