NAMA : JAMILAH ABDULLAH

 UMUR : 47 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Puan Jamilah merupakan seorang surirumah dan telah memulakan projek penanaman cili secara fertigasi setelah diberi kepercayaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk memulakan projek tersebut. Kemudian, beliau memulakan langkah untuk membuat sedikit penyelidikan di Pusat Internet Igan untuk memulakan projek fertigasi beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan dan penyelidikan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media sosial. Kini, beliau merupakan antara pembekal cili padi bara di kawasan Igan dan Mukah. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.

JamilahAbdullah

 

 

 NAMA : NUR ATIKAH BINTI MOHD SULAIMAN

 UMUR : 21 TAHUN

 AHLI : 2012

 

Latar belakang

Cik Nur Atikah merupakan seorang pelajar sepenuh masa dan telah memulakan projek sebagai pembekal makanan laut hasil dari tangkapan ayah beliau sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan hasil laut beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan. Kini, beliau merupakan antara pembekal makanan laut secara tetap di kawasan Igan. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.

atikahSulaiman

 

 

 NAMA : ISNA WAHIDAH BINTI EDENI

 UMUR : 42 TAHUN

 AHLI : 2012

 

Latar belakang

Puan Isna Wahidah merupakan seorang usahawan sepenuh masa bagi perusahaan makanan. Beliau telah memulakan usaha membuka kedai makan berkonsepkan makanan kampung di Medan Selera Kpg Igan.Beliau juga merupakan seorang pengusaha ikan kering Igan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1300.

 

 

 NAMA : ALINA BINTI DRAHMAN

 UMUR : 41 TAHUN

 AHLI : 2015

 

Latar belakang

Pn Alina merupakan seorang belia yang aktif. Beliau merupakan seorang belia yang melakukan pelbagai jenis kerja dan bidang. Semasa masa lapang, beliau akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pn Alina tidak mahir dalam penggunaan internet dan emel. Beliau juga kurang mahir dalam penggunaan komputer secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Pn Alina kini lebih mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan emel. Contohnya dalam penggunaan emel, beliau akan menggunakan emel untuk menghantar resume dan mengemaskini laman web mencari kerja.

 

 

 

 NAMA : NURUL FITRI BINTI RAZALI

 UMUR : 21 TAHUN

 AHLI : 2015

 

Latar belakang

Cik Fitri telah memulakan penjualan pelbagai jenis barangan pertanian dan juga makanan organic sejak setahun yang lalu dan semakin maju sejak kebelakangan ini. Kini beliau telah memulakan penjualan racun organic dan buah-buahan hasil tanaman beliau di kawasan Igan. Pada ketika ini, beliau menerima tempahan secara online dan offline. Beliau juga aktif mengikuti kelas Keusahawan yang dianjurkan oleh PEDi Igan dan juga persatuan usahawan Mukah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM800 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi whatsapp yang dapat mempromosikan produk yang beliau usahakan. Beliau juga kini mempromosikan jualan beliau di MyShop (Dashboard Komuniti). Pelanggan beliau adalah dari komuniti Igan dan komuniti luar Igan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.

 

Fitri